Soalan
Lazim
Apa itu Minggu Saham Digital?
Dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Minggu Saham Digital adalah acara strim langsung selama 7 hari yang disiarkan menerusi laman Facebook dan YouTube. Dengan bertemakan #LaburBersama, karnival digital ini bertujuan untuk mempamerkan pelaburan-pelaburan strategik PNB dan menambah pengetahuan rakyat Malaysia daripada semua peringkat usia, tentang kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan, diselangi dengan hiburan. Sepanjang acara digital ini, penonton dapat menyaksikan pelbagai forum, siri webinar yang informatif, serta segmen-segmen hiburan menerusi konsert maya dan juga rancangan menarik seperti bual bicara, game show, dan sebagainya.
Bila dan di manakah Minggu Saham Digital diadakan?
Minggu Saham Digital disiarkan secara langsung melalui laman Facebook dan YouTube @minggusahamdigital setiap hari, dari 17 November hingga 23 November 2021 antara pukul 12.30 tengah hari hingga 10.00 malam.
Siapa yang boleh menyertai Minggu Saham Digital?
Minggu Saham Digital terbuka kepada semua yang mempunyai akses kepada Facebook dan YouTube.
Adakah Minggu Saham Digital percuma untuk ditonton?
Ya. Minggu Saham Digital adalah percuma untuk ditonton.
Rancangan apa yang boleh dijangkakan sepanjang Minggu Saham Digital?
Penonton berpeluang mengikuti pelbagai forum dan siri webinar yang informatif bersama barisan penceramah, pakar khusus bidang, dan pemain utama industri sambil dihiburkan oleh para personaliti dan selebriti menerusi rancangan seperti konsert maya, program bual bicara, dan game show.
Di manakah jadual penuh program Minggu Saham Digital boleh didapati?
Jadual penuh disiarkan di saluran media sosial Minggu Saham Digital dan juga laman web rasmi Minggu Saham Digital. Program Minggu Saham Digital berlangsung selama tujuh hari berturut-turut dengan rancangan siaran langsung lebih 9 jam setiap hari dari jam 12.30 tengah hari hingga 10.00 malam.
Siapakah tetamu atau penceramah yang akan muncul di Minggu Saham Digital?
Senarai penuh penceramah dan tetamu akan dikongsikan di saluran media sosial dan juga laman web rasmi Minggu Saham Digital tidak lama lagi.
Siapakah rakan korporat Minggu Saham Digital 2021?
Rakan korporat untuk Minggu Saham Digital 2021 adalah:
Rakan Premier: Malayan Banking Berhad (Maybank), Sime Darby Plantation Berhad dan UMW Holdings Berhad (UMW).
Rakan Utama: Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, S P Setia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan Syarikat Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA).
Rakan: Malaysian National Reinsurance Berhad (MNRB), Duopharma Biotech Berhad, Velesto Energy Berhad dan Projek Lintasan Kota Holdings Sendirian Berhad (PROLINTAS).
Sekiranya saya terlepas rancangan, bolehkah saya menontonnya lagi?
Ya. Anda boleh menggunakan fungsi Live Rewind yang membolehkan anda memutar balik strim langsung kami, selagi siaran belum berakhir. Fungsi Live Rewind akan membolehkan kawalan ulang tayang kepada video semasa ia distrim dan akan bertindak langsung kepada permintaan anda.
Di manakah informasi Minggu Saham Digital yang terkini boleh didapati?
Ikuti laman Facebook dan akaun Instagram kami di @minggusahamdigital untuk semua maklumat terkini. Sebagai alternatif, anda juga boleh klik "Hadir" ke semua halaman acara individu kami di Facebook sekiranya anda berminat dengan acara tertentu dan ingin mendapatkan maklumat terkini.
Apakah laman media sosial Minggu Saham Digital rasmi?
Laman media sosial rasmi untuk Minggu Saham Digital adalah @minggusahamdigital di Facebook, @minggusahamdigital di Instagram, Minggu Saham Digital di YouTube dan /minggusahamdigital di TikTok.
Apakah laman web rasmi untuk Minggu Saham Digital?
Laman web rasmi untuk Minggu Saham Digital adalah www.minggusahamdigital.com.my.
Apakah hashtag rasmi untuk Minggu Saham Digital?
Hashtag rasmi untuk Minggu Saham Digital adalah #MingguSahamDigital dan #LaburBersama.
Adakah sebarang peraduan yang boleh disertai sepanjang Minggu Saham Digital?
Ya. Minggu Saham Digital akan menganjurkan peraduan maya ‘Jom... Kira Duit’, yang mana para peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000.
Selain itu, terdapat juga 'Cabutan Bertuah' untuk 2,400 peserta yang berdaftar yang bertuah untuk memenangi e-baucar. Selain itu, terdapat juga beberapa sesi ‘Live Trivia’ setiap hari selama 7 hari, yang boleh disertai melalui laman Facebook rasmi Minggu Saham Digital.
Apa itu Jom… Kira Duit?
Peraduan utama untuk Minggu Saham Digital yang akan berlangsung dari 22/10/2021 hingga 23/11/2021.
Bagaimanakah cara untuk menyertainya?
Peserta dikehendaki mendaftar di laman web rasmi Minggu Saham Digital www.minggusahamdigital.com.my (selepas ini disebut sebagai ‘Laman Web MSD’)
Peserta perlu mencari dan mengumpulkan #SyilingMSD yang akan muncul di platform berikut dan log masuk ke laman web sebelum memasukkan nilai atau jumlah #SyilingMSD tersebut di laman berkaitan (Pra-MSD, Rakan Korporat, atau MSD Live). Setiap #SyilingMSD mempunyai nilai unik tersendiri. Lebih banyak jumlah tepat #SyilingMSD yang dihantar, lebih tinggi peluang untuk memenangi Hadiah Utama.
Peraduan Jom… Kira Duit dibahagikan kepada tiga bahagian berikut:
1. Pra-MSD
Tempoh:22/10/21 hingga 16/11/2021
#SyilingMSD akan dipaparkan dalam hantaran di laman media sosial rasmi Minggu Saham Digital: (i) Facebook (facebook.com/minggusahamdigital); dan (ii) Instagram (instagram.com/minggusahamdigital). Laman penyertaan di laman web MSD akan dibahagikan mengikut hari. Peserta perlu mencari #SyilingMSD dan memasukkan nilai untuk setiap hari tersebut.
2. Rakan Korporat
Tempoh: 22/10/21 hingga 23/11/21
#SyilingMSD akan dipaparkan di (i) laman rakan korporat di laman web MSD; dan (ii) laman media sosial rakan korporat. Laman penyertaan akan dibahagikan mengikut setiap rakan korporat, termasuk maklumat tentang platform media sosial rakan korporat yang mana #SyilingMSD akan dipaparkan. Peserta perlu mencari semua #SyilingMSD berkaitan dengan Rakan Korporat tersebut, dan masukkan jumlah keseluruhannya.
3. MSD Live
Tempoh: 17/11/21 to 23/11/21
#SyilingMSD akan dipaparkan sewaktu siaran strim langsung yang diadakan setiap hari dari jam 12.30 tengah hari sehingga 10.00 malam / 10.30 malam. Laman penyertaan di laman MSD akan dibahagikan mengikut hari dan rancangan. Peserta perlu mencari dan memasukkan nilai #SyilingMSD yang dipaparkan berdasarkan setiap rancangan, setiap hari.
Apa itu Ringgit Emas?
Ringgit Emas merupakan elemen tambahan dalam peraduan Jom… Kira Duit. Daripada semua #SyilingMSD yang dipaparkan dari bermulanya kempen pada 22/10/21, 5 daripada #SyilingMSD tersebut merupakan Ringgit Emas. Pemenang akan dipilih berdasarkan peserta pertama yang berjaya menghantar nilai Ringgit Emas yang tepat di Laman Web MSD, dan hadiah adalah berupa sebuah motosikal Honda Dash 125 bernilai RM7,000. Terdapat 5 buah motosikal Honda Dash 125 untuk dimenangi.
Para peserta tidak akan dimaklumkan #SyilingMSD yang mana merupakan Ringgit Emas, maka peserta adalah digalakkan untuk menghantar penyertaan #SyilingMSD secepat mungkin sepanjang kempen berlangsung.
Bilakah peraduan Ringgit Emas berlangsung?
Terdapat 5 #SyilingMSD yang merupakan Ringgit Emas. 2 Ringgit Emas akan dipaparkan antara 21/10/2021 ke 16/11/2021, sementara 3 Ringgit Emas lagi akan dipaparkan sewaktu strim langsung Minggu Saham Digital ke udara di laman rasmi Facebook dan YouTube Minggu Saham Digital antara 17/11/2021 hingga 23/11/2021.
Apakah nilai sebenar setiap serahan #SyilingMSD?
Setiap serahan #SyilingMSD yang tepat di Laman Web MSD akan melayakkan peserta menerima satu penyertaan ke cabutan Hadiah Utama.
Jika peserta berjaya menyerahkan semua penyertaan tepat untuk bahagian atau hari tertentu, jumlah keseluruhan akan terpapar di borang penyerahan, dan ini akan melayakkan peserta untuk mendapat penyertaan bonus ke cabutan Hadiah Utama.
Peserta boleh menukar nilai serahan yang dimasukkan di Laman Web MSD pada bila-bila masa sebelum jam 5.00 petang, 23/11/2021.
Lebih banyak nilai serahan tepat yang dihantar peserta, lebih banyak jumlah penyertaan yang diterima untuk cabutan Hadiah Utama. Pemenang akan diumumkan semasa acara Pengumuman Pemenang.
Bilakah tarikh tutup penyerahan Jom… Kira Duit?
Tarikh akhir untuk serahan penyertaan Jom… Kira Duit adalah pada jam 5.00 petang, 23/11/2021.
Apakah hadiah-hadiah untuk peraduan Jom… Kira Duit?
1. 1x Hyundai Kona 2.0 Standard bernilai RM120,000
2. 1x Toyota Yaris 1.5G (AT) bernilai RM82,000
3. 1x Perodua Ativa 1.0 Turbo AV bernilai RM75,000
4. 1x Honda CB250R bernilai RM22,000
5. 3x Honda Dash 125 bernilai RM21,000
6. E-baucar bernilai RM4,500
*Semua hadiah adalah tertakluk kepada perubahan
Bilakah pemenang Ringgit Emas akan diumumkan?
Pemenang Ringgit Emas akan diumumkan selepas tempoh tiga (3) hari bekerja selepas penyerahan nilai oleh peserta. Pemenang-pemenang akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram rasmi Minggu Saham Digital.
Bilakah pemenang Jom… Kira Duit akan diumumkan?
Pemenang-pemenang Jom… Kira Duit akan diumumkan semasa sesi strim langsung Pengumuman Pemenang yang bakal berlangsung pada 23/11/2021 jam 8.30 malam di laman Facebook dan YouTube rasmi Minggu Saham Digital.