
Syarikat pengurusan unit amanah PNB dengan 32 pejabat cawangan & lebih 2,700 cawangan ejen seluruh negara. Kami mengurus 16 dana unit amanah dengan lebih 269 bilion unit dalam edaran dan 14.7 juta akaun. Kami menawarkan dana & perkhidmatan untuk rakyat Malaysia bagi memenuhi setiap keperluan pelaburan.
Sembang-Sembang ASNB
17-11-2021Ketahui kepentingan mengurus harta dan kaedah urus harta yang dibenarkan dalam Islam untuk kebahagiaan di dunia dan pahala berterusan selepas kita tiada bersama Prof. Dr. Akram Laldin (Executive Director at International Shariah, Research Academy for Islamic Finance), Imam Muda Ashraf dan Moderator Nazri Kahar (Astro Awani) dalam topik Pahala Berterusan: Bagaimana Urus Harta Untuk Bahagia di Dunia dan Akhirat pada 17 November 2021, jam 1.00 tengah hari.
Dibawakan Khas Oleh   
Sembang-Sembang ASNB
20-11-2021Bersama panel Dr. Adam Zubir, Perancang Kewangan Berlesen dan Mr. Stingy, Penulis Blog Kewangan bersama Moderator Shahril Sharapudin (RTM) dalam perbincangan dengan topik Jaminan Pulangan Tinggi : Boleh Percaya atau Sebenarnya Ada Risiko Tersembunyi? pada 20 November 2021, jam 1.00 tengah hari.
Dibawakan Khas Oleh   
Sembang-Sembang ASNB
21-11-2021Untung atau Rugi Pembiayaan ASB: Mengapa Perlu Elak Bergantung Pada Dividen. Apakah kelebihan melabur dalam ASB menggunakan pembiayaan ASB? Saksikan diskusi di antara panel Encik Alwi Adam, Perancang Kewangan Berlesen dan Financial Faiz (Faiz Azmi), YouTuber & Perancang Kewangan bersama Moderator Fiza Sabjahan (TV3) pada 21 November 2021, jam 1.00 tengah hari.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
17-11-2021Apakah perbezaan antara unit amanah harga tetap dan unit amanah harga berubah-ubah? Saksikan episod pertama ASNB. Whoa! Shop dengan hos kami Fiza Frizzy dan tetamu dari Permodalan Nasional Berhad membincangkan tentang 'Variables Price - All Funds' pada 17 November 2021, jam 2.00 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
17-11-2021Pernahkah anda terfikir umur berapa yang sesuai untuk mula melabur dalam unit amanah? Memahami kriteria pelaburan dan cara melabur dengan bijak adalah mustahak untuk masa depan seseorang. Ikuti episod 2 ASNB Whoa! Shop bersama Fiza Frizzy mengenai pentingnya Harga Tetap ASNB pada 17 November 2021, jam 4.30 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
Live Trivia!
17-11-2021Live Trivia adalah rancangan permainan oleh Minggu Saham Digital dan Rakan episod ini ialah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Tonton dan sertai secara langsung dengan menjawab soalan-soalan bersama hos selebriti kami melalui Facebook Live. Adakah anda akan menjadi salah satu pemenang bertuah? Dengan e-baucar bernilai RM1,100 untuk dimenangi, jangan ketinggalan!
Dibawakan Khas Oleh   
Lalabur
17-11-2021Saksikan episod pertama 'Lalabur', sebuah sketsa komedi yang berkaitan masalah kewangan bertemakan 'Sikit-sikit, bila nak kaya?' bersama selebriti parodi media sosial, Azman Naim berserta barisan pelakon dan pelawak kegemaran seperti Khatijah Tan, Azhan Rani, Nadia Aqilah dan Fikry Ibrahim pada 17 November 2021, jam 6.30 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
Roda Labur
18-11-2021Saksikan Roda Labur bersama hos Harris Alif, sebuah rancangan permainan yang memerlukan pengetahuan umum dan tumpuan dengan memutarkan roda gergasi untuk mengumpulkan dana untuk amal pada 18 November 2021 jam 6.00 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
19-11-2021Ketahui lebih lanjut mengenai Pelaburan Dalam Talian yang baru dilancarkan oleh ASNB di dalam app myASNB, di mana hos kami Fiza Frizzy dan tetamu dari Permodalan Nasional Berhad membincangkan lebih lanjut di ASNB Whoa! Shop episod 3, 19 November 2021, jam 2:00 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
19-11-2021Ketahui lebih lanjut mengenai dana ASNB yang baru dilancarkan oleh ASNB yang merangkumi pasaran global, ASN Equity Global di mana hos kami Fiza Frizzy dan tetamu dari Permodalan Nasional Berhad membincangkan lebih lanjut mengenai pelaburan ini di ANSB Whoa! Shop episod 4, 19 November 2021, jam 4:30 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
Lalabur
19-11-2021Jangan ketinggalan rancangan Lalabur sebuah rancangan komedi kewangan bertemakan 'Melabur online, boleh ke?' bersama parodi oleh Azman Naim dan dibintangi oleh Khatijah Tan, Azhan Rani, Nadia Aqilah dan Nabila Huda pada 19 November 2021 jam 5.00 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
Majlis Pelancaran Wakaf ASNB
19-11-2021Ketahui cara wakaf ASNB menggabungkan konsep pelaburan untuk memastikan bahawa sumbangan seseorang kekal di dunia ini dan seterusnya. Saksikan Majlis Pelancaran Wakaf Unit Amanah ASNB dan pelajari bagaimana anda boleh menderma Unit Amanah ASNB untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik pada 19 November 2021, jam 8.30 malam.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
20-11-2021Adakah anda pernah mendengar mengenai Auto Labur dari ASNB? Auto Labur adalah perkhidmatan di aplikasi myASNB yang membolehkan pemegang unit membuat pelaburan bulanan berulang secara automatik! dimana kami akan mendedahkan cara untuk menjadi sebahagian daripada Auto Labur ASNB di episod 5 ASNB Whoa! Shop bersama Raianna pada 20 November 2021, jam 2.00 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
Lalabur
20-11-2021Saksikan episod ketiga Lalabur, 'Dividen ASB makin sikit, Eh betul ke rugi?' bersama Azman Naim, Khatijah Tan, Azhan Rani dan Nadia Aqilah pada 20 November 2021, jam 5.00 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
21-11-2021Hibah Amanah adalah gabungan konsep "hibah" dan kepercayaan. Ia adalah hadiah dalam bentuk dana unit amanah ASNB (Aset Hibah) dari Pemegang Unit (Penderma) kepada orang tersayang (Penerima) sepanjang hayatnya berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan dalam Akta Hibah. Pemindahan aset ke Penerima berlaku hanya setelah kematian Penderma. Dapatkan pengetahuan lanjut mengenai subjek menarik ini pada episod 6 ASNB Whoa! Shop dengan hos Raianna pada 21 November 2021, jam 2.00 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
Lalabur
21-11-2021Ceriakan hari anda bersama Lalabur sebuah rancangan komedi oleh Khatijah Tan, Azhan Rani, Nadia Aqilah bersama parodi oleh Azman Naim dalam episod 2 topik 'Melabur ke melebur?' pada 21 November 2021, jam 6.30 petang.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
22-11-2021ASNB telah melancarkan perkhidmatan terbaharu iaitu Wakaf ASNB pada 1 October 2021.Wakaf ASNB adalah gabungan antara konsep pelaburan dan wakaf yang memastikan sumbangan wakaf pemegang unit kekal berterusan selama-selamanya. Ketahui lebih lanjut tentang ASNB Wakaf di episod 7 ASNB Whoa! Shop pada 22 November 2021, jam 2.00 petang bersama hos Zaim Helmi.
Dibawakan Khas Oleh   
ASNB Whoa! Shop
22-11-2021Target Labur merupakan pelaburan berasaskan matlamat yang terdapat di aplikasi myASNB, yang telah dibangunkan dengan kerjasama bahagian Teknologi PNB dan Jewel Digital Ventures (JDV) iaitu unit inovasi milik penuh PNB. Ketahui lebih lanjut tentang pelaburan ini bersama hos Zaim Zaini di episode terakhir ASNB Whoa! Shop pada 22 November 2021, jam 8.00 malam.
Dibawakan Khas Oleh