
Kumpulan Duopharma Biotech Berhad adalah sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka di Malaysia. Kepakaran utama kami adalah dalam industri farmaseutikal dengan pembuatan lebih daripada 300 ubat-ubatan generik serta produk penjagaan kesihatan pengguna seperti CHAMPSĀ®, FLAVETTESĀ®, PROVITONĀ® dan Uphamol selain menceburi bidang biosimilar. Ibu pejabat kami terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dengan tiga buah kilang di Klang, Bangi dan Glenmarie, Selangor dan anak syarikat di Filipina dan Singapura manakala sebuah pejabat perwakilan kami terletak di Jakarta, Indonesia.
Live Trivia!
17-11-2021Live Trivia adalah rancangan permainan yang dihoskan oleh Minggu Saham Digital dengan Duopharma Biotech Berhad sebagai Rakan episod ini. Penonton dalam talian boleh mengambil bahagian secara langsung dan menjawab soalan oleh hos kami melalui Facebook. Dengan kupon pembelian dbhealth2go.com berjumlah lebih RM4,000 untuk dimenangi, jangan ketinggalan!
Dibawakan Khas Oleh   
Jom Sihat!
17-11-2021Panduan mudah untuk ibu-ibu memahami pilihan makanan tambahan terbaik bagi meningkatkan imuniti anak-anak terutamanya yang cerewet tentang makanan, sewaktu Malaysia memasuki fasa endemik. Ikuti Jom Sihat bersama pakar Diet HUKM, Puan Muhaini Binti Mahmud pada 17 November 2021, jam 3.30 petang, dan penonton juga berpeluang untuk memenangi kupon pembelian dbhealth2go.com.
Dibawakan Khas Oleh