
MNRB Holdings Berhad merupakan syarikat pegangan pelaburan. Antara subsidiari milik penuhnya ialah Malaysian Reinsurance Berhad, Takaful Ikhlas Family Berhad, Takaful Ikhlas General Berhad dan Malaysian Re (Dubai) Ltd. MNRB disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
Sembang Takaful: Penting Ke Takaful Ni Bro?
17-11-2021Sembang Takaful adalah bual bicara santai yang membincangkan mengenai topik kepentingan untuk melindungi diri dan insan tersayang dengan pelan takaful bersama panel jemputan En. Ariff Azhan Abd Ghani, Ketua Saluran Agensi Takaful Ikhlas Family Berhad. Penonton juga boleh memenangi Pelan Perlindungan IKHLAS P.A Permata Takaful dengan jumlah keseluruhan perlindungan sehingga RM600,000.00. Program ini disiarkan pada 17 November 2021 bermula 8.30 malam dan dihoskan oleh selebriti Izzue Islam.
Dibawakan Khas Oleh   
Bicara IKHLAS
18-11-2021Bicara IKHLAS mengupas topik Barakah Berkongsi Rezeki bersama panel jemputan Imam Muda Asyraf bersama Ustaz Wan Jemizan W. Deraman, Ketua Bahagian Shariah & Penasihat Perniagaan Takaful Ikhlas Family Berhad. Penonton juga berpeluang untuk memenangi Pelan Perlindungan IKHLAS P.A Permata Takaful dengan jumlah keseluruhan perlindungan sehingga RM300,000.00. Program ini disiarkan pada 18 November 2021 bermula 5,00 petang
Dibawakan Khas Oleh   
Live Trivia!
18-11-2021Live Trivia adalah rancangan permainan oleh Minggu Saham Digital dan Rakan episod ini ialah MNRB Holdings Berhad. Tonton dan sertai secara langsung dengan menjawab soalan-soalan bersama hos selebriti kami melalui Facebook Live. Adakah anda akan menjadi salah satu pemenang bertuah? Dengan e-baucar bernilai RM1,100 untuk dimenangi, jangan ketinggalan!
Dibawakan Khas Oleh