
Sime Darby Property Berhad merupakan pemaju hartanah terkemuka dengan hampir 50 tahun pengalaman dalam membangunkan perbandaran dan komuniti lestari. Melalui 24 bandar yang terletak di lokasi yang strategik, hartanah yang dibangunkan oleh Sime Darby Property adalah luas, terdiri daripada unit kediaman pegangan bebas termasuk unit kediaman mampu milik dan mewah, unit kediaman bertanah dan bertingkat, unit bangunan runcit, komersial, perindustrian dan logistik serta pembangunan khusus. Sime Darby Property juga merupakan sebahagian daripada konsortium Malaysia yang menerajui projek pembangunan semula Battersea Power Station yang ikonik di pusat bandar London.
Live Trivia!
22-11-2021Live Trivia adalah rancangan permainan oleh Minggu Saham Digital dan Rakan episod ini ialah Sime Darby Property Berhad. Tonton dan sertai secara langsung dengan menjawab soalan-soalan bersama hos selebriti kami melalui Facebook Live. Adakah anda akan menjadi salah satu pemenang bertuah? Dengan e-baucar bernilai RM1,100 untuk dimenangi, jangan ketinggalan!
Dibawakan Khas Oleh   
Selesa
22-11-2021Tonton rancangan 'Selesa' bersama Sime Darby Property sambil melawat ke Maya Ara dan Aurora pada 22 November 2021, jam 3.30 petang bersama hos Awal Ashaari.
Dibawakan Khas Oleh