Khidmat Nasihat 1-1


Apa itu Khidmat Nasihat 1-1?
Anda boleh menetapkan janji temu dengan wakil dari mana-mana ejen ASNB yang mengambil bahagian. Selain daripada khidmat nasihat berkenaan faedah pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan cara untuk memohon serta rundingan peribadi mengenai perancangan kewangan melalui unit amanah ASNB – anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan topik-topik yang tersenarai.
Sila klik ejen ASNB untuk melihat topik-topik yang ditawarkan:
Langkah-langkah
Langkah 1: Isi semua maklumat yang diperlukan
Langkah 2: Pilih ejen ASNB dan topik yang anda berminat untuk mendapat rundingan atau maklumat lebih lanjut
Langkah 3: Pilih tarikh dan waktu yang sesuai untuk anda dihubungi oleh wakil ejen*
*Kemudahan menetapkan janji temu Khidmat Nasihat 1-1 di laman web Minggu Saham Digital ini dibuka bermula 17 November 2021 sehingga 31 Disember 2021. Ketika memilih tarikh janji temu, sila beri satu (1) hari bekerja untuk ejen ASNB berkaitan menghubungi anda.